amirz69 Administrator
Posts : 1336 Points : 3198 Join date : 10/01/2010 Age : 27 Location : Kampung duyung,depan pc yg cantik,atas bumi terengganu
| Subject: # pandangan agama terhadap dadah 4th October 2010, 9:37 pm | |
| maksud hadis Rasulullah... "Segala sesuatu yg bnyaknya boleh memabukkan, maka sedikitpun adalah sama(hukumnya)." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi juga meriwayatkan hadis seprti ini dari Jabir. Ini adalah hadis hasan yang dihasankan oleh Tirmizi dan para perawinya (sanad) adalah thiqah atau terpecaya dan berkeperibadian tinggi menurut tinggi Al-Hafiz Ibn Hajar).
Bagaimana pula pandangan Islam terhadap penggunaan dadah sebagai bahan perubatan?
Pengharaman dadah ini seharusnya dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas. Dadah diharamkan bukan pada zat bahan (dadah) itu sendiri tetapi ia diharamkan kerana kemudharatan yang timbul akibat penyalahgunaannya, diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak dan tanpa kawalan.
Dalam konteks dadah sebagai bahan perubatan atau dijadikan sebagai ubat untuk merawat penyakit, perlu difahami, Allah s.w.t. telah menegaskan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati. Kita sebagai manusia harus berikhtiar untuk merawat penyakit melalui kaedah atau cara yang dibenarkan oleh hukum syara’, termasuklah dalam kaedah penggunaan ubat- ubatan.
Kandungan ubat-ubatan itu pula hendaklah daripada bahan yang bukan najis, tidak memudharatkan sekiranya diambil kuantiti yang sedikit, dikawal atau diselia oleh doktor pakar (sebaiknya beragama Islam) serta tidak mendatangkan risiko atau kompilasi penyakit yang lain. Penggunaan dadah dalam perubatan atau ubat untuk merawat penyakit adalah tertakluk kepada perkara yang telah saya nyatakan tadi secara umum | |
|