amirz69 Administrator
Posts : 1336 Points : 3198 Join date : 10/01/2010 Age : 27 Location : Kampung duyung,depan pc yg cantik,atas bumi terengganu
| Subject: Larangan Ketawa 30th January 2010, 10:12 pm | |
| Larangan Ketawa
Dhahik ialah ketawa dgn suara yg jelas nyata tetapi tidak kedengaran dr jauh.Jika ketawa yg jelas nyata itu didengari dr jauh maka ia dinamakan qahqahah iaitu ketawa syaitan. Jika ketawa itu tidak nyata suaranya sama sekali cuma tersenyum, bermanis wajah shj maka ia dinamakan tabassum iaitulah ketawa para Anbiya’ yg merupakan satu kepujian.
Hindari diri dr banyak ketawa Al-Ahnaf berkata: Banyak ketawa itu menghilangkan kehebatan. Sabda Nabi SAW: Ertinya: “Banyak ketawa itu akan mematikan hati.”
Yakni melalaikannya dr mengingati akhirat, mewariskan perasaan marah di dlm hati.
Sabda Nabi SAW: “Ketawa di dlm masjid itu bererti kegelapan di dlm kubur.”
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa ketawa mengilai-ngilai dan nyata suara qahqahahnya, maka sesungguhnya ia telah melupai suatu bab dr ilmu pengetahuan.”
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa banyak ketawa di dunia nescaya ia banyak pula menangis di akhirat.”
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa ketawa mengilai nescaya Tuhan Al-Jabbar melaknatinya dan barangsiapa banyak ketawa nescaya ia berhak masuk api neraka.”
Ketawa yg disukai Allah Ta’ala ialah seseorg itu tersenyum di depan saudaranya, ia diberi pahala kerana menyukakan hati saudaranya itu. Ketawa yg dimurkai Allah Ta’ala ialah apabila mendengar seseorg mengeluarkan kata-kata yg keji supaya org tertawa atau ketawakan org lain yg mana balasannya ialah dicampakkan ke dlm Neraka Jahannam selama 70 tahun.
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yg banyak ketawanya maka banyaklah kesalahannya.”
Saiyidina Umar r.a berkata: “Barangsiapa yg banyak ketawa, kehebatannya akan berkurang di depan manusia. Barangsiapa yg banyak bergurau senda, org akan meringan-ringankannya. Barangsiapa yg banyak bercakap, banyak pula kesalahannya. Barangsiapa yg banyak kesalahannya, kuranglah rasa malunya. Barangsiapa yg kurang rasa malunya, kuranglah wara’nya, matilah hatinya dan ia akan membuat mengikut kemahuannya.
Sabda Nabi SAW: “Ketawa para Anbiya’ ialah senyuman dan ketawa syaitan ialah qahqahah (iaitu mengilai yg suaranya dapat didengar dr jauh).”
Suatu pengajaran drpd Allah Ta’ala yg berupa firman di dlm sebuah Hadis Qudsi: Ertinya: - “Aku hairan melihat org yg yakin ttg mati,bagaimanakah ia boleh bersuka ria dgn dunia. - Aku hairan melihat org yg yakin ttg hisab, bagaimanakah ia sanggup mengumpulkan harta. - Aku hairan melihat org yg yakin akan masuk kubur, bagaimanakah ia boleh ketawa tanpa memikirkan ttg apa yg akan berlaku selepas mati. - Aku hairan melihat org yg yakin ttg akhirat serta huru-haranya, bagaimanakah ia boleh bersenang-lenang dan beristirehat. - Aku hairan melihat org yg yakin dgn dunia dan kehilangannya kelak dan bagaimanakah ia boleh merasa tenteram dgnnya. - Aku hairan dgn org yg mengetahui dgn bencana lidah sedangkan ia jahil dgn bencana hatinya. - Aku hairan melihat org yg sibuk dgn keaiban-keaiban manusia sedangkan ia lalai ttg keaiban-keaiban dirinya sendiri. - Aku hairan melihat org yg tahu bahawa Allah Ta’ala selalu melihatnya, bagaimanakah ia boleh melakukan maksiat(keengkaran) kpd Allah Ta’ala. - Dan Aku hairan melihat org yg tahu dia akan menghadapi mati bersendirian dan masuk kubur bersendirian, bagaimanakah ia sanggup bermesra-mesra dgn manusia. Tiada Tuhan melainkan Allah, Dia adalah benar, manakala Muhammad itu adalah hambaKu dan PesuruhKu.”
Wuallahualam | |
|